Ismail mengusahakan bisnes gerai tomyam di Kajang sejak tahun 2002
lagi. Asalnya gerainya adalah satu-satunya gerai tomyam di kawasan
tersebut. Lokasinya strategik, berhampiran dengan beberapa buah sekolah pula.
Namun satu demi satu pesaing muncul dan Ismail seolah-olah tenggelam
punca kerana pelanggan semakin kurang dan tentulah pendapatannya semakin
merosot!
Bila kami (Ismail dan penulis) berbincang, antara kelemahan utama
bisnes tomyam Ismail ialah beliau tidak tahu memasak sama sekali! Selama ini
beliau hanya bergantung kepada tukang masak yang diupahnya secara
sepenuh masa.
Tukang masak yang silih berganti menyebabkan beliau gagal mengekalkan
mutu dan rasa masakan di gerainya. Sebab itulah pelanggan lari!
Kami seterusnya cuba perah otak (brainstorm) mencari jalan keluar
kepada masalahnya itu. Dipendekkan cerita, rumusannya beliau kena ubah jenis
bisnes kepada menjual sesuatu jenis makanan yang siap (ready to serve)
atau separa siap.
Fikir punya fikir, bersandarkan pemerhatian suasana persekitaran,
Ismail dapat idea dan strategi bisnes yang baru iaitu menjual makanan segera
seperti burger, kentang goreng, bebola makanan laut dan juga aiskrim!
Peralatan dapur telah berubah dari kuali kepada deep fryer. Hidangan
aiskrim pula tak jauh beza dari Swensen atau Baskin Robbins! Bisnes
beliau laris! Setiap hari beliau berupaya menjual lebih kurang 300 biji
burger, 20 kg kentang goreng dan 30 liter aiskrim!
Dalam masa 1 bulan, beliau buka sebuah lagi gerai di Puchong! Nampaknya
strategi 'kelainan' yang dicubanya menjadi!
Anda nak tahu siapa pelanggan utamanya?
Budak-budak sekolah! Mereka kata gerai Ismail macam McDonalds!
Mesej & Pengajaran:
Atasi persaingan dengan strategi luar biasa. Menjadi berlainan dari
bisnes orang lain meletakkan anda dalam kelas anda tersendiri!
Oleh: Tazilan Ibrahim
---------------------------------------------------------------
Dapatkan CD-ROM Idea Bisnes Luar Biasa Sekarang!
Idea-Idea Bisnes Yang Tidak Pernah Terlintas Di Fikiran Anda!
==========================================
Email : info@ideaBISNESluarbiasa.com
URL : www.ideaBISNESluarbiasa.com
==========================================