Entry: TUKAR STRATEGI BISNES Saturday, April 08, 2006
Ismail mengusahakan bisnes gerai tomyam di Kajang sejak tahun 2002 lagi. Asalnya gerainya adalah satu-satunya gerai tomyam di kawasan tersebut. Lokasinya strategik, berhampiran dengan beberapa buah sekolah pula.
Namun satu demi satu pesaing muncul dan Ismail seolah-olah tenggelam punca kerana pelanggan semakin kurang dan tentulah pendapatannya semakin merosot!
Bila kami (Ismail dan penulis) berbincang, antara kelemahan utama bisnes tomyam Ismail ialah beliau tidak tahu memasak sama sekali! Selama ini beliau hanya bergantung kepada tukang masak yang diupahnya secara sepenuh masa.
Tukang masak yang silih berganti menyebabkan beliau gagal mengekalkan mutu dan rasa masakan di gerainya. Sebab itulah pelanggan lari!
Kami seterusnya cuba perah otak (brainstorm) mencari jalan keluar kepada masalahnya itu. Dipendekkan cerita, rumusannya beliau kena ubah jenis bisnes kepada menjual sesuatu jenis makanan yang siap (ready to serve) atau separa siap.
Fikir punya fikir, bersandarkan pemerhatian suasana persekitaran, Ismail dapat idea dan strategi bisnes yang baru iaitu menjual makanan segera seperti burger, kentang goreng, bebola makanan laut dan juga aiskrim!
Peralatan dapur telah berubah dari kuali kepada deep fryer. Hidangan aiskrim pula tak jauh beza dari Swensen atau Baskin Robbins! Bisnes beliau laris! Setiap hari beliau berupaya menjual lebih kurang 300 biji burger, 20 kg kentang goreng dan 30 liter aiskrim!
Dalam masa 1 bulan, beliau buka sebuah lagi gerai di Puchong! Nampaknya strategi 'kelainan' yang dicubanya menjadi!
Anda nak tahu siapa pelanggan utamanya?
Budak-budak sekolah! Mereka kata gerai Ismail macam McDonalds!
Mesej & Pengajaran: Atasi persaingan dengan strategi luar biasa. Menjadi berlainan dari bisnes orang lain meletakkan anda dalam kelas anda tersendiri!
Oleh: Tazilan Ibrahim --------------------------------------------------------------- Dapatkan CD-ROM Idea Bisnes Luar Biasa Sekarang! Idea-Idea Bisnes Yang Tidak Pernah Terlintas Di Fikiran Anda! ========================================== Email : info@ideaBISNESluarbiasa.com URL : www.ideaBISNESluarbiasa.com ==========================================
1 comments
pakteh April 10, 2006 03:28 PM PDT Memang! Saya setuju benar dengan cerita itu. Kini, saya dapat satu lagi peluang untuk buat bisnes. Saya fikir awak (Sham) elok join ni. Sila lihat http://24egold.com/?ref=sstw Saya nak cerita panjang pun tak pandai sangat.